Thursday 4 July 2013

Kalau Itu Takdirnya (K.I.T)-Bab 1

Kad undangan berwarna oren keemasan itu ditenung dengan pelbagai perasaan. semuanya bercampur menjadi satu. marah sedih kecewa semuanya bergaul sebati dalam hati. menjadi satu perasaan yang sukat dimengertikan.

"So,kau dah decide ke nak pergi ke tak?" tanya Nabila.

aku berpaling memandang sahabat yang telah aku kenali sejak dari zaman sekolah menengah itu lagi. pergi ke tak? hatiku seakan berbolak-balik. tidak dapat membuat keputusan. apa yang harus aku lakukan,Ya Allah.

"Aku tak tahu sama ada aku nak pergi ke tak" jawab ku perlahan. sungguh aku bingung. perkara itu sudah lama berlalu. hampir 7tahun. tapi kenapa hati ini keras tidak dapat menerima?

"Kalau hati kau tak kuat,tak payahlah pergi. biar aku je wakil kau,okey?" Nabila memberikan pendapatnya. perlahan bahu sahabatnya itu digosok. cuba menyalurkan sedikit kekuatan. pilu sungguh hatinya melihat keadaan temannya itu. betullah apa yang selalu orang cakap-cakapkan. cinta itu tak semestunya memiliki.

aku terfikir sejenak. kuatkah hatiku? perlahan nama yang bertintakan sulaman keemasan diatas kad itu aku usap perlahan. kenangan lalu menjengah fikiran.

6 tahun lalu...

"Saya nak mintak maaf dengan awak,Sha" Ujar Shafiq perlahan.

"Kenapa?" Aku mengerutkan dahiku. pelik bin ajaib ! Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja ingin meminta maaf. aku memandang wajah yang sedang menunduk itu. Bila melihat dia masih terdiam aku mula terasa tidak enak. seakan ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

"Saya nak mintak maaf sebab terpaksa putuskan hubungan ni. saya pun tak tahu kenapa semua ni tiba-tiba jadi macam ni. kawan saya tiba-tiba mintak kapel dengan saya. saya buntu. jadi saya dah buat keputusan untuk putuskan hubungan kita." Perlahan Shafiq mengangkat wajahnya. pilu memandang wajah mulus di depannya. namun apa kan daya,keputusan diluar kehendaknya ini harus dibuat.

terasa bagai tidak berpijak dibumi yang nyata selepas mendengar buah bicara dari lelaki itu. melayang terasa semangatnya. nafas ditarik dalam-dalam. cuba menengangkan diri sendiri. cuba melindungan gelojak taufan yang kian melanda didalam hati.

"Kalau dia boleh bahagiakan awak,saya rela awak pergi dengan dia. asalkan awak bahagia. bahagia awak bahagialah saya juga" Aku cuba mengukir senyuman meskipun aku tahu senyuman yang aku cuba pamerkan tawar tiada perasa. Relakah aku melepaskan dia pergi? perlahan aku menundukkan wajahku. tidak sanggup rasanya menatap sepasang matanya yang bening.

"saya mintak maaf. saya harap awak jumpa dengan orang yang jauh lebih baik dan sempurna daripada saya. Assalamulaikum" ucapnya perlahan lalu berlalu pergi.

Figuranya yang kian menjauh semakin kabur dek air mata yang berlumba-lumba menuruni pipiku. aku terduduk di bangku kayu di taman permainan itu. Hujan mulai turun selebat air mataku yang kian mencurah-curah. sejuk dek air hujan tidak aku hiraukan lagi. Permainan apakah ini ?

"Sha." Aku berpaling memandang suara yang memanggil namaku.Kelihatan Syahira sedang memegang payung merah ditangannya.

"Jom kita balik. nanti kau demam pulak duduk dalam hujan macam ni."Ira mengajak sambil tangannya memengang bahuku untuk membantuku berdiri. terasa lemah benar diri ini.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?"Tanyaku sambil mengesat sisa air mata ditubir mataku.

"Shafiq call" Jawapan Ira membuatku terdiam. aku terlupa sebentar bahawa sememangnya Ira dan Shafiq adalah sahabat baik.

Dia harus aku lupakan. By hook or by crook,dia tetap mesti aku nyahkan dari fikiran,hati dan juga hidupku. dalam diam aku menanam azam dan tekad. semoga Dia membantuku.